Terjemahan teks penuh Perjanjian_Jepun–Korea_1907

"Kerajaan-kerajaan Jepun dan Korea yang berhasrat dengan cepatnya untuk memupuk kekayaan dan kekuatan Korea dan bertujuan memupuk kemakmuran negara Korea, telah bersetuju…"

"1. Dalam segala hal berkenaan pembaharuan pentadbiran Korea, Kerajaan Korea akan menerima arahan dan panduan daripada Residen-Jeneral (統監, tōkan) (Jepun).

"2. Undang-undang yang dicatat oleh Kerajaan Korea dan tindakan-tindakan kerajaan yang penting mesti memerlukan kelulusan Residen-Jeneral terlebih dahulu."

"3. Fungsi-fungsi kehakiman Korea akan diasingkan daripada fungsi-fungsi kerajaan yang biasa."

"4. Dalam segala pelantikan dan pelucutan jawatan pegawai berpangkat tinggi, Kerajaan Korea mesti mendapatkan kebenaran Residen-Jeneral."

"5. Kerajaan Korea akan melantik mana-mana rakyat Jepun yang diusulkan oleh Residen-Jeneral menjadi pegawai Korea."

"6. Kerajaan Korea tidak boleh melantik mana-mana orang asing menjadi pegawai Korea tanpa berunding dengan Residen-Jeneral."

"7. Perkara pertama dalam perjanjian Jepun-Korea yang diikat pada 22 Ogos, tahun ke-37 zaman Meiji [1904] akan dibatalkan."

Lord Itō Hirobumi [Marquess], Residen-Jeneral, 24 Julai, tahun ke-40 zaman Meiji [1907] (cop)Sir Lee Wan-Yong, Perdana Menteri, 24 Julai, tahun ke-11 zaman Gwangmu [1907] (cop)